Kehidupan awal Wallace Huo

Wallace Huo Chien-hwa dilahirkan di Taipei, Taiwan pada 26 Disember 1979. Keluarganya berasal dari Shandong, ibubapanya masing-masing adalah anak jati Longkou, Shandong dan Tianjin. Huo Chien-hwa lahir dalam sebuah keluarga penjawat awam. Ibubapanya bekerja di mahkamah dan abangnya adalah seorang polis. Ibubapanya berharap agar dia mengikut jejak langkah mereka. Bagaimana pun, Wallace gemar menyanyi dan beria-ia menjadi penyanyi sejak kecil. Meletakkan sasaran menjadi seorang penyanyi, Wallace menyertai indutri hiburan pada usia 17 tahun.